Selasa, 28 Oktober 2014

FLIGHT LIST FOR SSC25 GOLF 2 NOV 2014 PDGCC




(Amendment No 1)

FLIGHT 1

DATO BAKAR
DATO HADI RASHID
DATO SELAMAT
DATO IBRAHIM

FLIGHT 2

DATO AZIZ
DATO MAHADI
DATO HADI KHATAB
RAHIM SAINON

FLIGHT 3

DATO ISMAIL IBRAHIM
DATIN AISYAH
BADRAN
ROSLI PILUS

FLIGHT 4

DATO JASAN
DATIN SURIYANI
ABD WALEY
BOB MUSTAFA

FLIGHT 5

SEBLIE
ZAKI
T. NASIR
DATO ZAMMANI

FLIGHT 6

DATO RAIS
ZAINUDIN
JD
YUSOF MARSON

FLIGHT 7

MANAF
AZUDIN
AZAHARI
GHAFFAR

FLIGHT 8

HISHAM
SABTU
JAMALUDIN OMAR
HASSAN

FLIGHT 9

RAMLAN
ZULKIFLY HUSIN
HASHIM HAMZAH
SALEHUDIN

FLIGHT 10

AMER AZRI
ARIF FAIZAL
KHAIRUL AIMAN

FLIGHT 11

ANAK ZULKIFLY HUSIN
ANAK ZULKIFLY HUSIN

Sebarang permohonan pertukaran flight boleh dipertimbangkan. Skot yang ingin tukar flight minta cadangkan pengganti kepada flight asal. Final flight list akan dikeluarkan pada 1 Nov 2014.

Sekian untuk maklumat terkini.
Terima Kasih.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Ikrar Seorang Perwira



Kamilah perwira negara
kami tidak kecut
kami tidak gentar
... untuk melangkah
demi satu perjuangan.

Demi tanah air tercinta
kami rela terkorban
dengan darah tersimbah
walau parah.

Usah menangis
usah merintih
jika kepulangan ini
bersama pengorbanan
kami telah bersumpah
akan sedia dihadapan
walau diri terpaksa dikorban
demi satu kedaulatan!.

-admin-

Khamis, 16 Oktober 2014

SUAMIMU SEORANG PERWIRA


(Khas buat isteriku yang tidak pernah memahami)

Ketika bening zuhur tunduk
istana yang dibina dengan cinta
sumpah semati dan hidup - musnah
retaknya tak pernah dipinta
kehancuran tak pernah didoakan
hawaku yang tak pernah ingin untuk memahami
kehendak perkhidmatan yang memerlukan
tenaga, taat setia suami seorang perwira
masa, tenaganya dan tugasnya
adalah isteri pertama

Lafaz nikahku
sebenarnya satu perikatan dengan amanah bangsa
jika kesabaran tidak bertapa di hati
syaitan berleluasa dengan busar iri

Ketahuilah isteri ku
tugas suami perwira tidak seperti seorang guru
pulangnya sudah tentu waktu
langkah pulang ke rumah suami perwira
tidak siapa tahu waktunya
adakala subuh telah jantan
adakala malam telah menyembunyikan kelamnya
ada kala senja tidak beremang
jika kau tidak sabar keseorangan
maka bahtera kita
mahligai kita akan goncang

Fahamilah suasana suami perwira
masanya bukanlah untuk mu sentiasa
mungkin dirimu hanya tempat persinggahan sementara
dan mungkin juga sebagai memenuhi tuntutan agama
jika kau tidak sanggup ditinggalkan bila malam
mungkin lama mungkin lama
justeru janganlah belayar sekapal dengan suami perwira ;
kerana perjalananmu hanyalah satu perjudian
yang akan menewaskan kesabaran
dan kitalah mangsanya.


Nukilan:

Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid
MK Taktikal 15 RAMD
Airstrip, Terendak
30 Nov 03